Wednesday 31 October 2012

masak time!

sudah lama sebenarnya perkara ini berlaku tapi baru sekarang dapat kongsi ^_^
kami telah masak-masak hari tu ..(tidak ingat bila O.o) ..tapi kenyang..sedap atau tidak itu hanya juri yang tahu ^_^ kalau kami, memang semua sedap :)
kami sebenarnya Kemahiran Hidup bukanlah pilihan EKONOMI RUMAH TANGGA.. tapi mau juga masak. "buli bah kalo kau"
nyam!nyam! ayam goreng

paling awal siap masak :)

air ciptaan.oren+sirap= renrap sedap!

gelas & pinggan harus sama rata disusun  
ton tang ton tang bilik ERT (KH) dekat sekolah...bau masakannya .. masyaallah menyengat..tidak sabar sudah mau makan.

Sunday 7 October 2012

persediaan exam



Tahukah anda? ilmu mempunyai perasaan seperti anda.Sekiranya anda tidak berminat untuk mempelajarinya, maka ilmu tersebut juga enggan menerima anda sebagai penuntutnya... 

tidak lama lagi peperiksaan semester akhir sudah. maklumlah kalau semester akhir kan mesti lebih sikit rasa stress dan berdebar kan?. memang begitulah situasi setiap kali peperiksaan.. bukan tidak biasa menghadapinya tapi entah perasaan-perasaan itu juga yang selalu muncul.
di bawah ni ada beberapa doa dan tips untuk menghadapi peperiksaan semoga bermanfaat.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"  
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan:

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3X

Maksudnya: “Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa”

TAPI WALAU APAPUN KENA INGAT NI:
  sesiapa yang lupa sesuatu perkara zikirlah kepada Allah 
"dan ingatlah kepada tuhanmu jika kamu lupa".([surah al-kahfi:24] 


doa selepas ulangkaji: 

ya allah, sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaku ketika aku memerlukannya sesungguhnya engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu. 

ni pula antara tips untuk exam :
amalkanlah DUIT

D= doa (senjata mukmin)
U= usaha (sungguh-sungguh)
I= istiqamah (lakukan secara berterusan)
T= tawakkal (Allah sebaik-baik perancang)


*dan tidak mungkin bagi seorang yang malas dan lalai mendapat ilmu pengetahuan atau dia berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. 

*dan ilmu adalah senjataku dan pengetahuan adalah modal usahaku 

*ingatlah Allah dengan mengigati Allah hati sentiasa tenang. 

*Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan

*Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat ..fikir lah masa hadapanmu walaupun belum punya matlamat yang tetap.

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.<-sumber internet. 

GUD LUCK MY FRIENDS..BERJUANGLAH BERABISAN YA.. MAY WE ALL GET 9A..